Khamis, 24 Mac 2011

Wahai Teman - Muslim Voice ( Akademi Nasyid Akhir )

Lirik Lagu Wahai Teman ~Lagu Final Muslim Voice di Konsert Akhir Akademi Nasyid Tv9 2008.~

Wahai teman-temanku dimanakah kau berada
Ditembok-tembokkah menjdi kutu embun
Di cyber cafe kah layari jiwa kacau
Atau di lebuhraya engkau menjadi kutu rayau

Ingatlah teman-temanku demi masa kita dalam kerugian
Jangan dijolok sarang tebuan

Janganlah cuba engkau menggalah bulan
Jangan dikira bintang dilangit
Hitunglah hari bila kita dibangkit

Wahai teman-temanku sebelum otak menjadi beku
Wahai teman-temanku sebelum jasad menjd debu
Isilah dadamu dengan ilmu
Itulah senjata melawan nafsu


---
Lirik : Usop Kopratasa
Lagu : Bro Salleh Brothers
MV entertainment
R&D Muslim Voice Department

Muslim Voice Hanya Padamu

Lirik lagu Hanya PadaMu ~Single terbaru Muslim Voice~

Saat ku hembus helaku Kau tetap teguh
Saat ku rindu redup kasihMu ku rasa
Tak sekali pun Engkau pergi
Walau kadang Kau ku lupai


Ku pohon kasih dan cintaMu
Pada engkau yang Satu
Dan ku serahkan segalanya

Aku bersujud dan berdoa
Agar diampunkan dosa
Dan ku serahkan segalanya
Hanya PadaMu Ya Allah

Ku damba harapan untuk ke syurga cintaMu
Di sana kan ku temui kasih Abadi
Tiada tandingan kasihMU aku rindu
Hanya padaMu ku merintih
Hanya PadaMu Ya Allah(chorus)

(chorus)2x


---
Lirik: Mun & AzHaRie The Messages
Lagu : Faisal The Messages
MV entertainment
R&D Muslim Voice Department

Muslim Voice (Akademi Nasyid TV9 2008)

 ( Dari kiri Akmal, Ad, Arif, Hafiz, Ashraff)

MUSLIM Voice mula bertapak di dalam arena nasyid pada tahun 2008. Sebelum kumpulan ini ditubuhkan, mereka terdiri daripada 2 kumpulan iaitu BANDS OF IRSYADI dari SEK.MEN.ISLAM AL-IRSYAD dan IRSYADI dari KIPSAS. Mereka ingin menerajui industri nasyid tanh air dengan membawa konsep universal.

MUSLIM VOICE lebih dikenalai apabila telah berjaya menyertai program reality tv AKADEMI NASYID TV9 pada tahun yang sama ditubuhkan. Dengan membawakan konsep nasyid vocal acapella dan nasyid universal, MUSLIMVOICE telah menarik minat masyarakat terhadap hiburan yang mendidik jiwa seterusnya berjaya ke pusingan akhir dalam program reality tv AKADEMI NASYID TV9.


Pencapaian :
  1. Finalis Akademi Nasyid tv9
  2. Konsert Sua Rasa tv9 di Alor Setar 2008
  3. Konsert Sua Rasa tv9 di Shah Alam 2009
  4. Road Tour Konsert Amal Tabung Sinar Peduli, Sinar Harian edisi Pahang 2009.
  5. Rancangan hiburan bersama Ogy Ahmad Daud
  6. Persembahan Nasyid sempena Maal Hijrah dan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang 2009.
  7. Persembahan Nasyid sempena Tilawah peringkat negeri Pahang 2009.
  8. Persembahan Nasyid sempena Festival Nasyid Peringkat Negeri Pahang 2009.
  9. Persembahan Nasyid sempena tilawah Peringkat Antarabangsa di Perkarangan expo PWTC 2009
  10. Persembahan Hari Terbuka IKIM.Fm 2009.
  11. Persembahan Nasyid sempena Festival Zakat Negeri Pahang 2009.
  12. Persembahan Teater Muzikal Sirah Junjungan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang 2010.
  13. Persembahan Teater Muzikal Dato Bahaman sempena Bulan Bahasa peringkat negeri Pahang 2010.